Assalamualaikum,

Kisah ini sepatutnya diceriterakan pada semua tahun lepas..memandangkan aku ni 'rajin' sangat ngumpul duit sebagai hobi makanya cerita ini boleh dikatakan dah basi..

Cuma nak share jer gambo2 yang ada...(ni jer yang dapat aku up-loadkan utk korg)

Ini ialah Zainal Alam Kadir dengan pose yang teristimewa buat tatapan semua. Perasan tak background ada lori askar?? Apakah mesej yang cuba disampaikan melalui gambar ini?

Oh ya, baru baru ni..Alam adalah telefon bertanyakan khabar. Masa tu aku sibuk shooting untuk Gempak Selebriti Astro, Gempak Desa Astro & Gempak ASTRO kat White Studio..

Lama dah tak jumpa dan borak dengan Ayahanda Alam aku ni..dipendekkan cite...korg tau tak aku dgn Alam ni sedara yakni mempunyai pertalian darah..! Dasyat kan? Nana pun sedara dengan Alam maknanya aku, Alam dan Nana adalah sedara, sebuah keluarga bahagia gitu..

A Ah kan..lupa plak aku nak mention..gambo2 ni aku tangkap masa nak gi ke Felda Taib Andak..yer..kampung Mawi. Aku sebenarnya kemaruk dengan hobi yang lama aku tak jalankan iaitu menangkap gambo sbb kamera lama aku kena kidnap..jadi aku beli kamera baru dan inilah hasilnya..

Diantara permandangan yang agak mengujakan aku dan geng Gempak kat Felda Taib Andak ni ialah..TADA! Petronas ni..PETRODESA ok..kat bandar takde ni tau.

Ini ialah artis2 yang agak vain utk berposing..nampak tak aku kat belakang kamera tu?

Setakat ni jer la yang sempat aku citekan pada korang..ada banyak lagi cite tertangguh aku ni..sampai ketemu lagik ek..

Kalam dah sedia untuk merangkap,
Salam dan ampun kuncikan panggung,
Alam bahagia ingin ku dakap,
Malam berhimpun tampan berlanggung.

Mencatur cerita pastikan sempurna,
Agar tersorok niat merampas,
Atur-atur berita bermuka,
Jangan terjelepok setelah dibidas.

Sudah ku agak jalanan kisah,
Dah baling batu terangan mengapur kata,
Padah lagak jantanan rukyah,
Hah! Terpelanting temberang berhambur auta.

Tetak beringin cabutkan rawa,
Tangan tercabut rawat petawali,
Kalau tak teringin menyimpan nyawa,
Jangan menghasut makhrifat laduni.

Andai diri mengaku jaguh,
Usah dipampang sebutan kikir,
Pandai sendiri aku bergaduh,
Resah ku gampang hasilan sir.

Reza Mohamed
1512009
5.03pm

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe: kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman...

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

MORAL

SEBELUM DAPAT..SEMUA NYER MANIS, SEMUA NYER ELOK..

DAH DAPAT..ADA JER YANG TAK KENA, ADA JER YANG JELEK..

DAH HILANG NANTI..BARU NAK MENYESAL..BARU LA NAK MENCARIK..

JADI..JAGALAH APA YANG ADA DEPAN MATA KORANG TU YAKNI KELUARGA, KENGKAWAN, KEKASIH, SUAMI ISTERIMALAH BINATANG PELIHARAAN SEKALIPUN..

SALAM MAAL HIJRAH 1430H & SELAMTAHRU 2009M!!!

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus

duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas
untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri
sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2
yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang
tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2
sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum
sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku
sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap
menghirup udara seperti biasa.Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu
yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan.....
kekerongkongku. . sakittttttttt. ........sakit. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,... Oh Tuhan apa yang telah
berlaku pd diriku......Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi,
benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh. ........
khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat
sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku
gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak.. ...
air mataku seolah tak berhenti.Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah
benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi...
berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan,
sehat,segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri &
anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut
berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang
terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya
dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. Mengapa anak2 & isteriku
memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria . terlebih
isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa
dia......... ..????? ??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya
dibalikkan. Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa
ini Tuhan...???? ????

Aku cubamenarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula
untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu
bukan aku. Aku cubajelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai
berteriak.... tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka
tak melihatku.... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar..
aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku
telah mati... aku telah mati.
Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak.
...Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk
membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk
membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis........ masaku telah
terlewat.... aku
sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat
seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan
membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum
solat.
Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih biasa
membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku MASIH
mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat
kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada
keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan e-mail dakwah ini ke 5 orang terdekat Anda, dan mintalah
mereka untuk melakukan hal yang sama. Cukup lima saja! Ini bukan surat
ancaman berantai. Yang jelas jika Anda tidak meneruskan e-mail ini,
maka Anda telah menyia2 kankesempatan untuk saling menasihati dalam
kebenaran dan beramal shalih. Jika anda lakukan dengan ikhlas insya
Allah Anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

'Sesungguhnya Allah Tidak Dapat Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu,
Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka'?..

TELUR-TELUR TU..! (lirik disertakan)

VERSI MELAYU

Juara Silat Tempur Putera Negeri Sarawak 2008-SMK Methodist SIBU, SARAWAK

PART 1

PART 2

PART 3