Ini dia gambar pilihan Reza untuk tatapan pendengar ERA. Ada diantara gambar-gambar ini dikirimkan oleh SAHABAT Reza..mekasih bebanyak yek..

REZA MOHAMED...

Assalamualaikum semua,

Ha..kat sini Reza nak cite sikit pasal alat muzik gambang ni..bukan ape saje je..kalau korang tak bosan atau takde keje, bacalah..sedikit sebanyak bole lah ek kat kengkawan korang..heheh.

Gambang yang berposing dengan Reza ni ialah gambang mini yang Reza beli masa kat Kota Kinabalu ari tu. Nak bawak gambang yang real besar n berat lah pulak..tak muat satu studio. Ok lah ni ini cite pasal gambang nih:

Gambang atau gambalan mempunyai persamaan dengan instrumen metallofon, walau bagaimanapun, kepingan atau barnya diperbuat daripada kayu atau gangsa. Ada dua jenis gambang iaitu gambang gangsa dan gambang kayu. Gambang gangsa selalunya digunakan dalam muzik gamelan tapi jarang digunakan sekarang, jadi gambang dirujuk sebagai gambang kayu.

Kayu yang digunakan untuk menghasilkan gambang mestilah keras dan material atau bahan yang selalu digunakan adalah kayu berlian. Kepingan bar ini disokong oleh kekotak kayu yang berfungsi untuk mengeluarkan bunyi dengung. Setiap kepingan bar tadi disematkan dengan paku di kedua belah hujung kepingan bar. Saiz bar ini diantara 58cm ke 29cm. Makin tinggi bunyinya makin pendeklah saiz kepingan bar ini. setiap gambang mempunyai anggaran 19 ke 20 kepingan bar.

Selalunya pemain gambang mempunyai 2 pengetuk untuk bermain gambang. Pengetuknya selalunya berukuran 35cm panjang yang diperbuat dari tanduk kerbau dan sangat halus dan fleksibel. Gambang selalunya dimainkan dengan rima atau tempo yang laju dalam muzik gamelan.

Ha tu lah dia..kalau korang ada benda yang menarik lagi boleh share atau kongsi dengan Reza dan semua pendengar ERAyek..just KOWLNAU! KOWLNAU! KOWLNAU!

Reza Mohamed...

Nampak gayanyer dah nak masuk 2 bulan Reza jadik penyampai di ERA..hmm..ramai yang tanya..bes ker jadik penyampai ERA? Mesti ah best..kalu tak best takde lah dengar sore Reza kat radio dak? Ada gak yang tanya macamane boleh dapat jadik penyampai ERA..? dah tentu2 Reza datang untuk audition dan interview macam orang mintak keje jugak. Alhamdulillah, atas doa dan semangat, gaya mutu dan keunggulan, Reza dipilih sebagai penyampai ERA..

Kepada mereka yang tertanya2 lagik kat luar nu..Ya saya lah REZA dari Akademi Fantasia 3 tuh.. ;p.
K lah ni jer kot wat setakat nih..

JAGA PERIBADI, CINTAI DIRI..kalo ada soalan just KOWLNAU! KOWLNAU! KOWLNAU!

REZA MOHAMED...

Assalamualaikum semua...

Reza sebenarnya tak tau apa yang nak diceritakan kat sini.emm..maybe ramai yang nak tau pengalaman Reza setelah bergelar penyampai ni kan..k lah..
Mula mula tu terkejut gak bila dpt tawaran ni. setelah Reza pikir masak masak sambil masak mee segera..Reza terima kerana ni rezaki yang Allah bagi kat Reza..tak elok tolak rezaki kan?

Sebulan belajar dengan Nila memang bes..ramai yang tanya, cepat gak ngko pandai yek? Mau nyer tidak, kalo tak dijerit oleh Nila takdenyer haku pandai bak ABC, 123..Selain dari Nila, Reza ada gak berguru dengan penyampai yang lain seperti penyampai popular kita ni, Linda Onn, abg2 macho, Krill n Kiran, big bos, Pak Tam, adikku yang senior, Nana ker?, dan juga PEKPOO..ZZ..

Lain org lain cara ngajar nyer..Reza selesa dengan semua, baik di konti sampai yang di opis terus ke on ground dengan gergasi2 SKUAD ERA.

Insya Allah, dengan berkat doa semua, Reza akan buat yang termampu untuk semua pendengar ERA yang vogue the vass nih..

Sampai sini dulu yang dapat Reza ceritakan..ada masa terluang nanti tambah lagi k..ada apa2 soalan just KOWLNAU! KOWLNAU! KOWLNAU!

REZA MOHAMED...

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
**
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. **
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
**
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. **
Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
*
*
Nota :
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. *

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."


Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."


Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Hadith 5

Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."


Hadith 6

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Sejarah ramadhan
1) ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan
berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000
bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan ramadhan
1) Kamu akan di naungi ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
terlepas
dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan ramadhan
2) Menempah pakaian untuk ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di
masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3)Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran NUZUL Al QURAN ( 17 ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan,Pada petang akhir ramadhan org2 yg meninggal (sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah dicadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat,bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya
Bulan ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah cuba amalkan. Wallahua'llam.